Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengembaraan menarik ‘the Bland Sisters’

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    BUKU The Jolly Regina adalah merupakan buku pertama bagi siri terbaru yang menampilkan dua beradik yang memulakan pelayaran pengembaraan secara tidak sengaja.

    Siri The Unintentional Ad-ventures of the Bland Sisters ini pasti akan menarik perhatian kalangan pembaca muda dengan jalan ceritanya yang dipenuhi dengan humor dan pengembaraan.

    Jaundice dan Kale Bland adalah dua beradik yang hidup bosan dan tidak gemar akan keseronokan. Mereka tinggal bersama dan sabar menanti kepulangan kedua orang tua mereka, yang telah pergi kerana sesuatu tugas bertahun-tahun yang lalu, namun malangnya kedua orang mereka masih belum pulang-pulang ke rumah.

    m16 3_100217

    Pada suatu hari, Jaundice dan Kale telah diculik oleh sekumpulan lanun yang mana semua ahlinya adalah wanita. Mereka dengan tidak rela terpaksa mengharungi lautan yang bergelora yang mungkin akan membawa kepada petunjuk dengan kehilangan misteri kedua-dua ibu bapa mereka.

    Diisikan dengan ilustrasi-ilustrasi yang menarik dan lucu, siri The Unintentional Adventures of the Bland Sisters adalah siri terbaru yang dipenuhi dengan visual memukau mata dan mulainya dengan mendapatkan buku The Jolly Regina karya Kara LaReau yang pasti akan membuatkan pembaca tidak kering gusi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda