ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
CHANTEL lebih suka menumpukan sepenuh perhatiannya untuk mempelajari magis daripada menjaga adab sopannya. Oleh sebab itu dia sering ditimpa masalah di sekolah magis Miss Ellicot.
Akan tetapi apabila Miss Ellicott tiba-tiba menghilangkan diri dengan penuh misteri bersama ahli sihir-ahli sihir di kota itu, kelakuan buruk Chantel bukan sesuatu yang harus mereka bimbangkan.
Tanpa sebarang magis untuk melindungi kota tersebut, kini tanggungjawab untuk menyelamatkan kerajaan itu terletak pada bahu Chantel dan rakan-rakannya.

Berhadapan dengan misi yang sangat berbahaya, Chantel akan bertemu dengan seorang budak lelaki yang bersenjatakan busur dan panah, seekor naga dan juga sebuah magis api terbaru yang membakar dirinya dari dalam. Akan tetapi dapatkah Chantel menemui ahli sihir-ahli sihir yang hilang dan mengembalikan kota Lightning Pass seperti sedia kala?
Untuk mengetahui kisah sepenuhnya dapatkan novel Miss Ellicott’s School for the Magically Minded karya Sage Blackwood segera.