Pengendali kapal tangki minyak bantah penahanan krew

JAKARTA, INDONESIA, 28 SEPT – Pengendali kapal tangki minyak yang dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia atas permintaan Kemboja, membantah penahanan krewnya, menggelarnya sebagai pencabulan hak asasi manusia, World Tankers Management, pengendali MT Strovolos yang berpangkalan di Singapura, berkata bahawa anggota krewnya yang telah ditahan oleh Polis Marin bagi soal siasat sejak Ahad lalu, adalah tidak bersalah bagi sebarang kesalahan.

Tentera laut Indonesia telah merampas kapal tangki berkenaan pada lewat Julai lalu atas permintaan Kemboja yang menyatakan bahawa ia dikehendaki atas kesangsian mencuri hampir 300,000 tong minyak mentah.

Harry Goldenhardt, jurucakap polis di wilayah Pulau-pulau Riau, Indonesia, hari ini berkata bahawa krew berkenaan disoal siasat berkaitan tuduhan kerajaan Kemboja berkenaan. Polis telah merampas kapal tangki dan minyak mentah berkenaan sebagai bukti, katanya.

Kemboja dikatakan belum memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan bahawa minyak dalam kapal berkenaan adalah miliknya, dan meminta kerajaan Indonesia agar segera membebaskan krew berkenaan. – AP

Gambar tidak bertarikh yang dikeluarkan Tentera Laut Indonesia pada 25 Ogos 2021 menunjukkan kapal tangki minyak MT Strovolo di perairan luar pesisir Pulau Riau, Indonesia. – AP