Saturday, October 1, 2022
33.3 C
Brunei

Pengerusi syarikat tenaga Rusia maut akibat penyakit serius

-

MOSCOW, 1 SEPT – Syarikat tenaga Rusia Lukoil berkata hari ini, pengerusinya Ravil Maganov telah meninggal dunia berikutan menghidap ‘penyakit serius’, selepas media Rusia melaporkan dia meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkap hospital.

Lukoil adalah salah satu daripada beberapa syarikat utama Rusia yang menyeru supaya pertempuran di Ukraine dihentikan selepas Moscow menghantar tenteranya ke negara itu pada Februari lalu.

Beberapa media tempatan Rusia melaporkan Maganov meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkap hospital Moscow yang sering dipanggil Hospital Kremlin yang memberi perkhidmatan kepada golongan elit politik dan perniagaan Rusia.

Menurut sumber polis, Maganov terjatuh dari tingkap tingkat enam hospital itu.

Maganov dilahirkan pada tahun 1954. Beliau telah bekerja di Lukoil sejak 1993 dan juga presiden syarikat itu. Dia dilantik sebagai pengerusi pada tahun 2020. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -