Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Pengganas masjid NZ fail rayuan

    WELLINGTON, 8 NOV – Seorang pengganas yang membunuh 51 orang Islam semasa kejadian tembakan besar-besaran paling berdarah dalam sejarah New Zealand telah memfailkan rayuan terhadap hukumannya.

    Mahkamah Rayuan New Zealand hari ini mengesahkan bahawa penyerang, Brenton Tarrant telah memfailkan rayuan minggu lalu. Mahkamah mengatakan tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.

    Tarrant, seorang penyerang ketuanan kulit putih, membunuh jemaah di dua buah masjid di Christchurch semasa solat fardu Jumaat pada Mac 2019. Dia telah mengakibatkan puluhan yang lain cedera dalam serangan, yang dirakamnya secara langsung melalui Facebook.

    Tahun berikutnya, Tarrant didapati bersalah atas pertuduhan membunuh 51 orang, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan tindakan keganasan. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, hukuman paling maksimum di New Zealand.

    Butiran mengenai rayuan tidak didedahkan oleh mahkamah.

    Tetapi dalam dokumen mahkamah sebelum ini, Tarrant, 32, mendakwa dia berdepan ‘layanan tidak berperikemanusiaan dan memalukan’ semasa ditahan selama berbulan-bulan dalam tahanan berasingan selepas kejadian tembakan itu, menghalangnya daripada mendapatkan perbicaraan yang adil.

    Katanya dia hanya membuat rayuan dalam keadaan terpaksa.

    Tarrant memecat salah seorang peguamnya pada 2021, dan ia masih belum diketahui jika ada lagi peguam yang akan mewakilinya semasa rayuan atau dia hanya membela dirinya sendiri.

    Temel Atancocugu, mangsa yang terselamat selepas ditembak sembilan kali semasa serangan di Masjid Al Noor, memberitahu penyiar berita Stuff bahawa penyerang itu hanya bermain-main dan cuba mencari tumpuan dengan membuat rayuan. – AP

    Tarrant telah memfailkan rayuan terhadap hukumannya selepas terbabit dalam kejadian tembakan yang membunuh 51 orang Islam di New Zealand pada 2019.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...