Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengganas rancang serangan lebih dahsyat, kata suspek

    MADRID, 23 Ogos – Anggota sarang pengganas yang disyaki melakukan pembunuhan beramai-ramai di Sepanyol minggu lalu mengaku kepada hakim semalam bahawa para pejuang jihad telah merancang untuk menyerang monumen-monumen dalam serangan yang lebih besar lagi.

    Mohamed Houli Chemlal, 21 tahun berkata, dia mengetahui tentang rancangan itu dua bulan lalu, apabila dia dan tiga orang suspek, dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama sejak serangan berkembar yang mengorbankan 15 orang dan mencederakan lebih 100 orang.

    Keempat-empat mereka itu adalah satu-satu penyerang yang masih hidup dari apa yang dipercayai sarang pengganas 12 anggota yang merempuh sebuah van ke arah pejalan-pejalan kaki di jalan raya besar yang penuh dengan pelancong di Barcelona hari ini. Beberapa jam kemudian anggota-anggota kumpulan itu telah melakukan serangan serupa di Cambrils di selatan jauh.

    Selepas perbicaraan sehari di hadapan hakim, Chemlal dan seorang lagi suspek, Driss Oukabir, 27 tahun ditahan reman dan didakwa dengan kesalahan berkaitan keganasan.

    Tetapi lelaki ketiga, pemilik kereta yang digunakan dalam serangan Cambrils, Mohamed Aallaa, diizinkan pembebasan bersyarat, dengan hakim mengatakan bukti ke atasnya adalah lemah. Hakim telah memberikan masa bagi dirinya sendiri tiga hari lagi untuk menentukan jika suspek keempat, Salh El Karib yang mengurus sebuah kedai yang membolehkan orang ramai untuk membuat panggilan ke luar negara seharusnya ditahan reman atau dibebaskan dari penahanan. Penggeledahan ke atas perniagaannya diarahkan lewat semalam. Hakim tidak mengikut permintaan pihak pendakwa, yang mengatakan keempat-empat mereka itu seharusnya didakwa dengan kesalahan berkaitan keganasan dan ditahan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda