Pengganas Utrecht dibicarakan minggu ini

UTRECHT, 2 MAC – Perbicaraan jenayah pengganas akan bermula hari ini bagi seorang lelaki warga Belanda keturunan Turki setelah dituduh melakukan tembakan di sebuah trem tengah bandar Utrecht tahun lalu yang mengorbankan empat orang.

Pendakwa raya telah menuduh Gokmen Tanis atas empat pertuduhan membunuh dengan niat sebagai pengganas dan tiga pertuduhan atas percubaan membunuh dan perlakuan pengganas ke atas 17 orang di atas pertuduhan beliau dalam aksi tembakan pada 18 Mac 2019 tahun lalu.

Beliau akan berdepan dengan hukuman maksimum penjara seumur hidup jika didapati bersalah. Serangan ke atas rangkaian pengangkutan awam di Belanda telah mencetuskan kejutan, di mana mereka telah menepis serangan berskala besar yang telah menimpa pada negara jiran Belgium dan Perancis.

Amaran pengganas meningkat di Utrecht ke paras tertinggi dan orang ramai diberi amaran supaya tidak keluar rumah manakala polis memeriksa seluruh bandar untuk memburu pengganas tersebut. Tanis di tahan di Utrect pada hari yang sama kejadian tembakan tersebut.

Pendakwa raya memberitahu tahun lalu bahawa Tanis ada meninggalkan sekeping nota memberitahu motif beliau adalah melibatkan agama.

Pendakwa raya turut memberitahu bahawa Tanis bertindak bersendirian tahun lalu dan beliau telah diperintahkan untuk menjalani ujian psikologi sebelum perbicaraan.

Pendakwa raya tahun lalu menganggap Tanis sebagai seorang yang melakukan kesalahan berulang-ulang, penagih dadah dan ‘seorang yang susah menerima’ tetapi hasil siasatan mereka tidak menemui sebarang bukti beliau merancang keganasan tersebut. – AP