Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Pengganti pilihan Duterte berundur daripada p’raya

-

MANILA, 30 NOV – Pengganti yang dipilih Presiden Filipina Rodrigo Duterte, hari ini, mengumumkan pengundurannya daripada pilihan raya presiden 2022, berkata bahawa ia “belum lagi masa saya”.

Senator Christopher Go, pembantu rapat presiden, menyertai pertandingan bagi pejabat tertinggi negara itu dua hari sebelum tarikh tutup 15 November, selepas mendaftar untuk bertanding bagi jawatan naib presiden sebelumnya,

Pengunduran mendadak itu mengurangkan jumlah calon yang bersaing untuk menggantikan Duterte, yang secara konstitusi ditegah daripada bertanding bagi penggal enam tahun kedua. Beliau bertanding bagi Senat.

“Keluarga saya juga tidak mahukannya, jadi saya fikir mungkin ini belum lagi masa saya,” Go memberitahu pemberita.

Go berkata, keputusannya untuk berundur juga bagi mengelakkan “lebih banyak masalah” kepada Duterte yang menurutnya disayanginya “lebih daripada sebagai bapa”.

“Saya kekal setia dengannya dan saya berikrar untuk bersamanya selama-lamanya,” Go berkata.

“Dalam beberapa hari kebelakangan ini, saya menyedari bahawa hati dan pemikiran saya bercanggah dengan tindakan saya sendiri,” tambahnya.

Kebanyakan penganalisis telah meramalkan peluang kecil Go dalam pilihan raya Mei depan, walaupun dia adalah calon paling berkemungkinan untuk melindungi Duterte daripada dakwaan-dakwaan jenayah di Filipina dan siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap perang dadahnya yang berdarah. – AFP

Gambar bertarikh 15 November menunjukkan penyokong senator Christopher Go mengadakan perhimpunan di luar pejabat suruhanjaya pilihan raya di Manila, pada hari terakhir calon-calon memfailkan penyertaan dalam pilihan raya presiden dan naib presiden pada 2022. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -