Penggantian lampu di Terowong Kiarong

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Sebahagian laluan di Terowong Kiarong akan ditutup sementara bagi kerja-kerja penggantian lampu di terowong tersebut pada 18 sehingga 20 Ogos ini.

Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dalam kenyataan dikeluarkan di sini menjelaskan, penutupan akan bermula pukul 10 malam sehingga 4 pagi bagi kerja-kerja penyelenggaraan lampu di terowong tersebut.

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut pada tarikh tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas, papan tanda keselamatan serta had laju dibenarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan bolehlah menghubungi jabatan melalui
Talian Darussalam 123, Facebook jabatan dan e-mel kepada [email protected]