Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penggantungan Nasri dilanjutkan

    NYON, Switzerland, 2 Ogos – UEFA melanjutkan penggantungan bekas pemain antarabangsa Perancis, Samir Nasri dari enam bulan kepada 18 bulan semalam atas rawatan drip intravena yang diterimanya di sebuah klinik Los Angeles pada tahun 2016.

    Pemain itu, 31, yang pada masa ini tidak beraksi dalam mana-mana kelab, digantung selama enam bulan pada Februari lalu selepas menggunakan perangsang vitamin dalam melanggar peraturan–peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

    Penggantungan tersebut dilanjutkan kepada 1 Julai 2017 yang bermakna Nasri dan Arsenal itu akan dibenarkan kembali pada Januari depan. Beliau boleh meneruskan latihan bersama kelab pada awal November.

    Nasri menggunakan rawatan drip ketika beliau dipinjamkan ke Sevilla ketika musim 2016-17, yang menyebabkan agensi anti dadah Sepanyol membuka siasatan.

    Samir Nasri semasa beraksi dalam Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb pada 18 Oktober 2016. Penggantungan Nasri telah dilanjutkan daripada enam kepada 18 bulan susulan rayuan daripada UEFA. – AP

    Beliau telah merayu kepada UEFA untuk membenarkannya penggunaan terapeutik (TUE) tetapi permintaannya ditolak oleh badan induk bola sepak Eropah itu.

    Nasri meninggalkan kelab Antalya dari Turki pada Januari lalu selepas kekecewaan selama enam bulan berikutan perpindahannya dari Manchester City.

    Juara renang Olimpik enam kali, Ryan Lochte menerima penggantungan selama 14 bulan minggu lalu bagi pelanggaran yang sama, dengan para atlet biasanya hanya dibenarkan menerima IV dalam kes rawatan perubatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda