NEW YORK, 19 Julai – Sekitar 2,000 orang telah dipindahkan dari kompleks ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York City selepas penggera kebakaran berbunyi di salah satu ruang di bawah Tanah.
Timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq memberitahu pemberita bahawa “kami terpaksa berpindah sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kemungkinan kebakaran, tetapi setelah penggera itu diperiksa, tiada kesan kebakaran ditemui.”
Orang ramai kembali semula ke Bangunan Sekretariat PBB selepas insiden penggera kebakaran berbunyi di ibu pejabatnya. – Xinhua
