Penggiat kreatif terjejas di NY

NEW YORK – Telah menjadi bahan bualan para pemerhati jenis kreatif mencari peluang kejayaan di Big Apple – menghidangkan makanan di restoran untuk membayar bil-bil sementara menjalani uji bakat, persembahan, menyanyi, melukis, menari, menulis, apa sahaja yang perlu dilakukan untuk menjadikan mimpi jadi kenyataan.

Tetapi terdapat sesuatu yang tidak dijangkakan, koronavirus, kehadirannya yang menempatkan pelayan makanan menganggur dalam beberapa bulan kebelakangan di mana restoran diarah untuk memberhentikan perkhidmatan dine-in mereka. Ketidakpastian apa akan terjadi kepada kedai menghidangkan makanan walaupun setelah bandar New York dibuka semula.

Persoalan sama ada perniagaan akan kekal dibuka dan terdapat jawatan pelayan untuk diisikan menyebabkan kebimbangan akan apa yang akan terjadi kepada kelas kreatif bandar tersebut jika kerja yang boleh membantu mereka hidup di sana dan menambah kebudayaan artistik bandar tersebut tidak lagi tersedia.

“Ia benar-benar satu bahagian daripada kehidupan artis di New York, jadi saya tidak tahu apakah akan terjadi apabila ianya bukan sebuah pilihan lagi,” kata Travis McClung, 28, yang telah bekerja hampir sembilan tahun sebagai pelayan sementara melakukan teater, menyanyi dan baru-baru ini, mencuba kerjaya menyunting video dan pascapenyiaran.

Virus tersebut mengakibatkan kemusnahan kepada pekerja restoran di bandar tersebut. Menurut jabatan buruh negeri, restoran dan kafe telah memberi pekerjaan lebih kepada 273,000 orang semasa Februari lalu, sebelum bandar tersebut ditutup dalam pertengahan Mac disebabkan pandemik. Pada April lalu, semasa kemuncak kes-kes virus, jumlah tersebut telah menurun di bawah 78,000. Apabila bandar tersebut dibuka pada Mei, ia meningkat hampir 100,000, masih jauh di bawah jumlah yang sepatutnya.

Gambar bertarikh 6 Julai 2020 menunjukkan Rachel Berry duduk di ruang tamu dihiasi dengan karya seninya di New York. – AP
Rachel Berry mengerjakan sebuah kerusi yang akan dijadikannya seni. – AP
Dapur milik Rachel dihiasi dengan reka bentuk grafik dan tumbuhan. – AP
Rachel menunjukkan gambar bilik tamunya sebelum dihiasi dengan karya seninya melalui telefon bimbit. – AP

Apabila ruang makan luar telah dibenarkan dalam beberapa minggu ini, sekitar 6,600 restoran di lima buah pekan memohon permit untuk menyediakan makanan bagi orang di kaki lima dan jalanan, pengembalian ruang makan dalam dicegah atas kebimbangan di mana ruangan tertutup akan menyebabkan kes-kes jangkitan virus melonjak.

Bagi McClung, yang datang ke bandar New York pada tahun 2009 dari Dallas, Texas, subbandar untuk belajar teater di kolej dan memulakan kerja sebagai pelayan di sini, pekerjaan restoran merupakan kerja yang selamat. Sebelum pandemik, suasana restoran di bandar New York cukup sibuk di mana beliau selalu merasakan tidak terkendali.

“Ia merupakan perasaan selamat, membenarkan saya untuk tinggal di bandar New York, membayar sewa di sini,” jelasnya. Itulah yang mengarahnya kepada kerja pelayan terakhir sebelum pandemik, jawatan di tempat makan kasual di Upper West Side, Manhattan.

“Saya ada penyuntingan persembahan besar tetapi telah dibatalkan, saya merasa panik dan selepas itu rakan saya membuat hantaran yang dia meninggalkan kerja tersebut. Saya memberikan pesanan kepadanya sebagai rujukan dan selepas itu saya diberikan pekerjaan keesokannya,” kata McClung.

Rachel Berry yang berpindah ke bandar New York pada tahun 2004, mencuba beberapa jenis pekerjaan seperti membawa anjing bersiar dan mengasuh kanak-kanak sebelum beralih kepada pelayan bar dan beberapa pelayan restoran pada tahun 2016.

Anak kelahiran Laurel di Maryland tersebut malah meluangkan masa dari 9 pagi ke 5 petang persembahan pada usia awal 20an, tetapi menemui ianya terlalu ketat dalam memberikannya masa mencukupi bagi melakukan bidang kreatifnya, termasuk fotografi, melukis, persembahan dan baru-baru ini, kerja mereka bentuk dalaman.

“Terdapat sesuatu pada industri perkhidmatan makanan. Ia memberi saya sebuah kehidupan yang boleh didapatkan di New York,” ujar wanita 36 tahun berkenaan.

Beliau sekarang bimbang apa yang masih tersedia di restoran, di mana sekatan penjarakan sosial memerlukan pengurangan kapasiti dalam perniagaan makanan dan minuman untuk masa depan yang dapat diramalkan, dan sama ada dia perlu bekerja dalam bidang lain seperti runcit untuk mendapatkan apa yang boleh ketika dia dalam perkhidmatan makanan.

“Adakah saya akan mempunyai peluang-peluang yang sama yang boleh memenuhi keperluan kewangan, atau, saya akan terperangkap di dalamnya, perlukan dua hingga tiga pekerjaan untuk memenuhinya,” Tanya Berry.

Ia mengandaikan orang tidak pergi, atau ragu untuk datang ke bandar New York pada awalnya, kata Jen Lyon, pemilik MeanRed Productions, sebuah syarikat menempatkan acara kesenian dan muzik.

Ia merupakan kebimbangan untuknya, dalam sebuah bandar di mana sukar dan mahal untuk artis meneruskan kehidupan.

Bagi seseorang yang meluangkan masa bertahun-tahun sebagai pelayan bar, dia menghargai pekerjaan untuk perkhidmatan makanan dan apa yang mereka tawarkan jenis-jenis kreatif.

“Ia merupakan kerja terbaik untuk dimiliki apabila anda perlu fokus kepada seni,terutamanya di New York,” ujarnya.

Tetapi sekarang, jika pekerjaan tersebut hilang, “apa yang akan terjadi kepada dunia saya ialah tiba-tiba saya tidak mempunyai artis-artis muda untuk bekerja disebabkan mereka tidak mampu di New York. Anda tidak mempunyai orang-orang yang mencipta seni di New York lagi,” katanya.

Pandemik tersebut ‘telah menghancurkan banyak artis berpotensi. Kita akan hilang satu dekad kemungkinan bakat sehingga orang-orang mengetahui bagaimana untuk menetap,” ujarnya.

Kehilangan kekreatifan juga ancaman besar kepada struktur keseluruhan bandar, ujar Eli Dvorkin, pengarah penyunting dan polisi di Center for an Urban Future, di mana menyokong polisi yang menjadikan bandar New York lebih adil.

“Ia adalah masalah besar untuk New York di mana telah bersandar pada peranannya sebagai bandar kebudayaan dunia,” katanya.

“Sebagai sebuah bandar kita tidak mampu untuk kehilangan faktor kreatif. Ia telah menjadi kunci yang memandu pertumbuhan ekonomi bandar sejak beberapa dekad.

Ia salah satu sebab kenapa saya fikir New York mengekalkan status sebagai ‘pemancar’ untuk orang kreatif dan inovatif daripada seluruh dunia,” tambah Dvorkin. – AP