Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Penggodam bocor data pesakit hospital

    EVRY, 28 SEPT – Sekumpulan penggodam yang melumpuhkan operasi sebuah hospital di Perancis dengan mencuri data pesakit bulan lalu bertindak membocorkan rekod peribadi pesakit dalam talian.

    Penyerang siber itu menuntut wang tebusan bernilai jutaan dolar daripada hospital Centre Hospitalier Sud-Francilien (CHSF) di Corbeil-Essonnes, di selatan Paris sebulan lalu, tetapi institusi itu enggan membayarnya.

    Menurut pihak hospital, penggodam bertindak membocorkan data seperti imbasan perubatan dan analisis makmal bersama dengan nombor keselamatan negara milik pesakit.

    “Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mendedahkan data yang digodam,” kata Menteri Kesihatan, Francois Braun, menerusi Twitter Ahad lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...