Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Penggodam bocor lebih 200 juta maklumat pengguna Twitter

    ANKARA, 6 JAN – Penggodam dilaporkan mencuri maklumat peribadi lebih 200 juta pengguna Twitter dan berkongsi butiran ini termasuk alamat e-mel dan nombor telefon.

    Insiden itu ‘akan mendorong lebih banyak aktiviti penggodaman, pancingan data yang disasarkan serta doxxing,’ lapor agensi Anadolu memetik kenyataan Alan Gal, pengasas bersama firma pemantauan keselamatan siber Israel, Hudson Rock pada Rabu.

    Beliau menyifatkan pelanggaran itu sebagai “satu daripada kebocoran paling ketara” yang pernah dilihat sepanjang hidupnya,

    Gal mula menyiarkannya di laman rangkaian sosial LinkedIn yang berfokuskan perniagaan pada 24 Disember.

    Hasil tangkapan layar forum penggodam, menunjukkan lokasi data itu dikesan pada Rabu, diedarkan secara dalam talian.

    Twitter belum memberi sebarang respons dan tidak dapat dipastikan sama ada platform media sosial ini telah mengambil sebarang langkah untuk menyiasat atau menangani isu itu.

    Tambahan pula, identiti penggodam belum dikenal pasti.

    Kegiatan ini mungkin berlaku seawal 2021, sebelum jutawan Elon Musk mengambil alih syarikat itu pada Oktober lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...