GENEVA, 4 OKT – Penggodam yang belum lagi dikenal pasti berjaya mencuri bayaran gaji pekerja di beberapa universiti Switzerland, kata pegawai hari ini.
“Menurut maklumat kami, beberapa sekolah tertinggi di Switzerland telah terjejas,” beritahu Martina Weiss, ketua pengarah kumpulan rektor universiti awam Switzerland, kepada AFP.
Penggodam menggunakan maklumat yang diperoleh, memperdaya seseorang individu untuk memberikan butir-butir peribadi mereka dan melancar serangan ke aatas sekurang-kurangnya tiga buah universiti, termasuk Universiti Basel.
Menurut akhbar SonntagsZeitung, mereka mengakses sistem bayaran universiti dan menukar arahan mengenai pemindahan gaji, mencuri wang dalam jumlah enam digit. – AFP






























