Penggodam lesapkan AS$32 juta wang kripto

TOKYO, 12 JULAI – Tukaran mata wang kripto di Jepun berkata hari ini ia telah membatalkan semua perkhidmatan selepas kehilangan mata wang kripto bernilai lebih daripada AS$32 juta dalam penggodaman terbaharu yang melibatkan wang maya.

Remixpoint berkata subsidiarinya BITPoint Japan mendapati semalaman bahawa kira-kira 3.5 bilion yen dalam pelbagai mata wang digital telah hilang daripada pengurusannya.

Penggodaman itu terbongkar selepas satu kesilapan muncul dalam sistem pemindahan wang keluar dari firma pada malam Khamis. Ia berkata mata wang kripto hilang daripada ‘dompet panas,’ yang dihubungkan kepada internet, namun mata wang yang disimpan dalam ‘dompet sejuk’ tidak terjejas. – AFP

Menara Utama The Sumitomo Fudosan yang menempatkan beberapa pejabat operator pertukaran mata wang kripto, di Tokyo. Syarikat pertukaran wang kripto Jepun melaporkan satu penggodaman mengakibatkan kerugian 3.5 bilion yen atau AS$32 juta nilai wang maya. – AP