Pengguna aktif Snapchat cecah 500 juta

SAN FRANCISCO, 21 MEI – Snapchat, rangkaian sosial yang popular dengan pengguna telefon pintar muda berkata semalam ia mempunyai 500 juta pengguna aktif bulanan di tengah pertumbuhan meningkat di kebanyakan negara di dunia.

Platform itu, yang telah menambah tawarannya, sebelum ini belum mengumumkan jumlah untuk pengguna aktif bulanan, namun berkata bulan lalu ia mempunyai 250 juta pengguna aktif harian.

“Kini kami telah mencecah 500 pengguna aktif bulanan, dan hampir satu dalam setiap dua pengguna telefon pintar di Amerika Syarikat (AS) menggunakan Snapchat,” kata ketua eksekutif Evan Spiegel dalam sidang kemuncak rakan firma induk Snapchat.

“Di AS, Perancis, UK, Australia dan Belanda, Snapchat sudah menjadi sebahagian besar kehidupan penduduk, mencecah 90 peratus daripada golongan berusia 13 hingga 24 tahun dan 75 peratus golongan berusia 13 hingga 34 tahun.”

Spiegel berkata Snapchat menyaksikan pertumbuhan besar dalam tempoh 10 tahun lalu dengan kebanyakan pengguna dikenakan sekatan disebabkan pandemik koronavirus, dan pengguna aktif harian bertambah dua kali ganda di India dalam tempoh lima suku lalu.

“Komuniti kami di luar Amerika Utara dan Eropah semakin berkembang pesat,” kata beliau.

“Sebenarnya, kira-kira 40 peratus daripada komuniti kami kini berada di luar Amerika Utara dan Eropah.” – AFP

Gambar fail menunjukkan logo media sosial Snapchat di skrin tablet di Toulouse, barat daya Perancis. – AP