Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

Pengguna b.Digital Personal berpeluang menangi gajet

-

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Bagi meraikan penerimaan anugerah daripada World Finance, baru-baru ini, Bank Baiduri telah melancarkan promosi Bank on an experience you can count on yang akan berjalan sehingga penghujung Mac depan.

Bank Baiduri dalam kenyataan hari ini, menjelaskan sepanjang promosi itu, para pengguna Baiduri b.Digital Personal akan secara automatik mendapat peluang memenangi gajet terkini apabila melakukan transaksi tertentu menggunakan aplikasi mudah alih atau laman web.

Hadiah-hadiah termasuk Apple Macbook Pro 16 inci, iPad Pro 11 inci, Samsung Galaxy S20 Ultra Dual LTE 128GB, dua Apple Watch Series 7 dan lima baucar bernilai $100 daripada AV Electronics.

Untuk mendapatkan peluang cabutan, pelanggan hanya perlu membuat pemindahan dana pada jumlah minimum kepada pihak ketiga; membuat pembayaran bil dalam satu transaksi atau membeli tambah nilai prabayar (POWERinstant, Progresif atau DST).

Sebagai insentif tambahan, bagi pendaftaran baharu ke Baiduri b.Digital Personal juga akan mendapat peluang untuk memenangi hadiah secara automatik.

Ketua Bank Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chiong dipetik berkata mereka amat berbangga kerana aplikasi perbankan digital mereka diiktiraf sebagai Best Mobile Banking App di Negara Brunei Darussalam selama dua tahun berturut-turut daripada World Finance.

“Kami begitu komited untuk menyediakan pengalaman perbankan digital yang paling selamat, mesra pengguna dan boleh dipercayai untuk pelanggan kami dan sentiasa mencari cara baharu untuk menjadikannya lebih lancar.

“Oleh yang demikian dengan adanya promosi ini, ia adalah sebagai cara untuk meraikan kejayaan ini, kami ingin mengiktiraf pelanggan kami atas pilihan mereka untuk menyertai hal ehwal pengurusan bank secara digital dengan selamat,” ujarnya lagi.

Kenyataan turut menyatakan, aplikasi Baiduri b.Digital Personal telah dianugerahkan Best Mobile Banking App bagi negara ini menerusi Digital Banking Awards 2021 oleh World Finance, baru-baru ini.

Aplikasi Baiduri b.Digital Personal boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store. – Gambar serahan Bank Baiduri
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -