Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pengguna boleh ciap teks panjang di Twitter

    WASHINGTON, 6 NOV – Usahawan jutawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk yang baru-baru ini memperoleh Twitter berkata platform media sosial itu tidak lama lagi akan membolehkan pengguna untuk membuat catatan lebih panjang, lapor Sputnik.

    “Tidak lama lagi Twitter akan menambah keupayaan untuk pengguna membuat catatan teks ciapan panjang, menamatkan tangkapan skrin notepad,” kata Musk di laman Twitternya pada Sabtu.

    Dalam satu lagi ciapan, Musk berjanji untuk turut menambah baik fungsi ca-rian rangkaian sosial itu.

    “Carian dalam Twitter mengingatkan saya tentang Infoseek pada ’98! Itu juga akan menjadi lebih baik secara pronto,” kata Musk.

    Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan Twitter dengan pembelian AS$44 bilion minggu lepas sebelum pengundi keluar mengundi pada pemilihan pertengahan penggal pada 8 November bagi menentukan siapa akan mengawal Kongres AS.

    Menurut Musk, Twitter mempunyai banyak potensi, namun syarikat itu pada masa ini tidak mempunyai pilihan selain memecat pekerja memandangkan syarikat itu mengalami kerugian.

    Lima pekerja dan bekas pekerja memfailkan saman terhadap syarikat media sosial itu pada Khamis kerana didakwa gagal memberikan notis yang mencukupi mengenai pemberhentian besar-besaran berikutan pengambilalihan Musk itu.

    Selepas melengkapkan pemerolehan rangkaian media sosial itu, Musk memecat Ketua Pegawai Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan Ketua Pegawai Undang-undang Vijaya Gadde.

    Jutawan AS itu juga berkata majlis khas, ‘dengan sudut pandangan yang pelbagai’ akan ditubuhkan untuk menyederhanakan platform berkenaan. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan orang ramai berjalan di luar ibu pejabat Twitter di San Francisco. Elon Musk berkata Twitter tidak lama lagi akan membolehkan pengguna untuk membuat catatan lebih panjang. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...