PARIS, 21 APRIL – Instagram hari ini mula menawarkan penggunanya pilihan untuk menapis mesej peribadi (DM) yang berbaur kesat, satu langkah bertujuan untuk menunjukkan rangkaian sosial dimiliki Facebook itu sangat serius dalam mengurangkan buli online.
“Oleh sebab DM adalah perbualan peribadi, kami kurang proaktif mengetahui kata-kata kebencian atau membuli dalam cara sama kami lakukan di mana-mana,” kata Instagram dalam catatan blognya.
Namun permintaan untuk membuka ruangan bualan peribadi baharu adalah ‘di mana pengguna biasanya menerima mesej kekerasan’, katanya.
Dibina dalam peranti pengguna untuk menjaga privasi, daripada server Instagram, penapisan baharu itu akan menyekat permintaan untuk membuka perbualan DM yang mengandungi perkataan kesat, ekspresi mahupun emoji.
Selain penapisan itu, pengguna juga akan dapat menambah syarat mereka sendiri kepada senarai sekatan peribadi mereka, seperti yang sedia ada diwujudkan pada komen dalam catatan mereka. – AFP