Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pengguna iPhone China kini susah kongsi fail?

    BEIJING, 10 NOV – Apple mengehadkan perkongsian fail untuk pengguna iPhone China hari ini, sebulan selepas laporan menyiarkan pembantah anti-kerajaan menggunakan fungsi tersebut untuk berkongsi risalah digital dengan orang tidak dikenali.

    Di bawah kemas kini fungsi AirDrop, pengguna telefon pintar Apple di China hanya boleh memilih untuk menerima fail daripada orang bukan kontak selama 10 minit sebelum ia ditutup secara automatik. Ciri tersebut tidak mempunyai had masa sebelum ini.

    Pengemaskinian itu, diperkenal dalam sistem operasi yang dilancar semalaman, menjadikannya mustahil untuk menerima fail daripada orang tidak dikenali.

    Perubahan itu berlaku susulan laporan mengenai orang menggunakan AirDrop untuk menyebar risalah yang mengkritik Parti Komunis China dalam ruang orang awam, sebahagiannya didorong oleh bantahan di Beijing di mana seorang lelaki menggantung sepanduk menggesa pemecatan Presiden Xi Jinping.

    Penapis China segera memadamkan video dan hantaran dalam talian yang merujuk kepada bantahan tersebut, sementara ratusan akaun pengguna aplikasi bayaran dan bualan WeChat disekat. Apple tidak memberikan respons terhadap permintaan AFP untuk memberikan komen dan tidak memberikan sebab atas perubahan yang dilaksanakan.

    Namun telefon Apple yang dijual di luar China tidak terjejas oleh pengemaskinian itu, sementara iPhone yang dijual di China dikenakan sekatan tanpa mengira negara mana yang menggunakan akaun App Store. – AFP

    Pelanggan membeli-belah di sebuah kedai Apple pada hari pertama penjualan iPhone 14 di Beijing, China pada 16 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...