Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengguna sambut baik kuota bulanan minyak masak bersubsidi

    LABUAN, 10 Jan  – Pengguna di pulau bebas cukai ini menarik nafas lega susulan keputusan kerajaan  memperuntukkan kuota bulanan  150 tan metrik  minyak masak bersubsidi berkuat kuasa 1 Jan.

    Ketua Unit Kawalan Bekalan (Bahagian Penguatkuasaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Rosik Yakub berkata pengguna di sini kini boleh membeli satu paket minyak masak 1kg berharga RM2.50 di semua kedai di pulau ini.

    “Buat masa ini, kami menerima 66.3 tan metrik  (3,900 kotak) dan kami akan mendapat bakinya tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar  di sini hari ini.

    Minyak masak yang dijual di ibu negara Kuala Lumpur dihadkan kepada lima peket untuk setiap pelanggan, manakala di Labuan, kerajaan memperuntukkan kuota bulanan 150 tan metrik minyak masak bersubsidi berkuat kuasa pada 1 Januari lalu. – Bernama

    Kuota daripada KPDNKK itu diberi selepas mengambil kira kesukaran masyarakat berpendapatan rendah untuk mendapatkan minyak masak yang lebih murah di pasaran.

    Sementara itu, Pengarah KPDNKK Labuan Arun Fazhillah Hamdan berkata kuota itu akan memastikan bekalan minyak masak yang mencukupi di pulau ini.

    “Kami harap peruncit akan memperoleh bekalan daripada pemborong yang dilantik dan menjual minyak masak itu pada harga yang ditetapkan iaitu  RM2.50 sekilogram,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda