Penggunaan bahan murah boleh menggundang maut

Pada masa kini, kita telah banyak melihat tindakan yang diambil oleh sektor awam berkaitan dengan aduan orang ramai.

Walau bagaimanapun, ini hanya dilakukan sebaik sahaja aduan tersebut berlaku dan tular di media sosial.

Kita telah melihat berita di mana sekolah-sekolah atau bangunan kerajaan yang dikunjungi oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, yang semuanya dalam keadaan teruk.

Adakah pihak pengurusan menjalankan tugas mereka atau mereka tidak memiliki sebarang bajet?

Sementara itu, terdapat berita bahawa projek Skim Perumahan Negara (RPN) yang telah siap mengalami kerosakan yang teruk, berkemungkinan besar disebabkan oleh penggunaan bahan pembinaan yang lebih murah.

Pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam projek tersebut.

Menggunakan bahan yang lebih murah untuk menjimatkan kos bahan binaan boleh mengundang bahaya kepada penyewa dan orang boleh kehilangan nyawa mereka. – Pg Abd Rahman