Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

Penggunaan bayaran tanpa tunai meningkat

-

KUALA LUMPUR, 22 JULAI – Penggunaan pembayaran tanpa tunai diteruskan dengan lebih separuh daripada rakyat Malaysia membuat pembelian dengan pilihan tanpa tunai baru-baru ini, diterajui oleh peningkatan dalam penggunaan e-dompet, meningkat lebih banyak daripada mana-mana kaedah tanpa tunai lain hingga 2022 dari 2021.

Menurut kajian oleh syarikat penyelidikan pasaran lpsos, pertumbuhan yang berterusan untuk pembayaran tanpa tunai sebahagian besarnya didorong oleh populasi muda manakala untuk kumpulan umur yang lebih tua, penggunaannya telah terhenti.

“Penggunaan e-dompet terus cenderung ke arah segmen berpendapatan tinggi bandar, bagaimanapun, penggunaannya semakin meningkat dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah.

“Berdasarkan pengguna telah menyesuaikan semula kepada runcit fizikal, penggunaan e-dompet telah menyaksikan peningkatan yang ketara kepada pembelian di kaunter, dengan hampir separuh daripada semua pengguna e-dompet membuat pembayaran tetap di kedai makanan dan minuman serta kedai runcit,” menurut lpsos dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Bersekutu Hal Ehwal Awam Ipsos Malaysia, Lars Erik Lie berkata pandemik telah menjadi pemacu yang terbaik walaupun pembayaran tanpa tunai bukan sesuatu yang baharu sebelum wabak COVID.

“Memandangkan interaksi ‘tanpa sentuh’ menjadi sebahagian daripada penjarakan sosial, lebih separuh daripada rakyat Malaysia kini mempunyai purata dua kaedah pembayaran tanpa tunai yang boleh digunakan,” katanya.

Beliau berkata e-dompet, inisiatif baharu sejak dua tahun lepas, telah berjaya mencapai lebih satu perempat daripada rakyat Malaysia dan ia juga segera menjadi kaedah pembayaran yang serba guna.

“Pada tahun lalu, terdapat pertumbuhan yang ketara dalam penggunaan e-dompet untuk pembelian di kaunter.

“Berdasarkan pembayaran e-dompet berdaya maju dalam pelbagai saluran, terdapat petunjuk bahawa pengguna mencari pilihan mereka dan kekal dengannya,” katanya. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

India, AS bimbang kapal China berlabuh di Sri Lanka

HAMBANTOTA, SRI LANKA, 16 OGOS – Sebuah kapal penyelidikan China hari ini berlabuh di pelabuhan Hambantota yang dikendali oleh China di Sri Lanka, meskipun...
- Advertisment -