Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Penggunaan peluru ‘bean bag’ digantung sementara

    SYDNEY, 19 SEPT – Polis negeri New South Wales (NSW) di Australia menggantung sementara penggunaan peluru ‘bean bag’ selepas seorang wanita berusia 47 tahun ditembak oleh pegawai polis dan kemudian meninggal dunia di hospital.

    “Penggantungan itu akan kekal dikuatkuasakan sehingga kami melakukan penilaian penuh terhadap kemampuan dan melihat sama ada ia berbaloi untuk diteruskan,” kata Pemangku Pesuruhjaya Polis NSW, David Hudson pada sidang media yang diadakan hari ini, lapor Xinhua.

    “Ia adalah pilihan yang kurang membawa maut atau lebih tepat dan jika kami mengeluarkannya secara kekal daripada kemampuan kami, kami hanya akan ditinggalkan dengan taser selain cota dan senjata api dan itu menjadi kebimbangan kami,” katanya.

    Dalam kejadian kira-kira 12:30 tengah hari waktu tempatan pada Khamis lalu, polis dimaklumkan mengenai kejadian seorang wanita mengancam orang awam dengan kapak di sebuah premis di Jalan Mitchell di Stockton, pinggir bandar Newcastle.

    Selepas sembilan jam, polis yang buntu melaksanakan beberapa pilihan taktikal, termasuk taser dan peluru impak, sebelum wanita berusia 47 tahun itu ditahan.

    Wanita itu boleh berjalan ke ambulans berhampiran tetapi kemudian meninggal dunia di hospital. – Bernama

    Gambar ABC News
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...