Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Penggunaan ubat cacar monyet perlu dikawal

    WASHINGTON, 18 SEPT – Pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengingatkan terhadap penggunaan berlebihan satu-satunya ubat untuk merawat cacar monyet, berkata mutasi kecil dalam virus itu boleh menyebabkan pil berkenaan menjadi tidak berkesan.

    Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) mengemaskinikan garis panduannya pada minggu ini untuk Tpoxx, yang telah dipreskripsikan kepada puluhan ribu pesakit dijangkiti virus tersebut.

    Dalam aporan terkini online, pegawai FDA mengingatkan bahawa satu perubahan molekul kepada cacar monyet ‘mungkin memberikan kesan besar ke atas aktiviti antiviral Tpoxx.’

    Memandangkan virus kerap berubah untuk melawan sekatan terhadap jangkitan, termasuk ubat-ubatan, badan pengawal selia menekankan bahawa doktor harus bijak ketika mempreskripsikan ubat itu.

    Sementara itu, Pusat untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit berkata baru-baru ini bahawa Tpoxx tidak lagi diberikan kepada orang dewasa sihat yang tidak mengalami simptom serius.

    “Bagi kebanyakan pesakit dengan sistem imun sihat, jagaan sokongan dan kawalan sakit mungkin sudah memadai,” kata pegawai agensi dalam satu kenyataan.

    Tindakan untuk mengurangkan penggunaan Tpoxx menyusuli kritikan berminggu lamanya dari penyokong HIV dan kumpulan pesakit lain yang telah menggesa pentadbiran Biden supaya menyediakan lebih banyak ubat antiviral. Tpoxx diluluskan untuk virus berkaitan cacar, dan penggunaannya ke atas cacar monyet dianggap uji kaji dan dikawal ketat oleh pegawai persekutuan.

    Tpoxx berfungsi dengan menyasarkan protein yang ditemui dalam cacar monyet, cacar dan virus yang sama. FDA berkata pada minggu ini penyelidikan dalam makmal, haiwan dan individu mencadangkan cacar monyet mungkin menentang atau menolak terapi yang disyorkan. – AP

    Gambar serahan Siga Technologies menunjukkan ubat Tpoxx. Ubat itu mungkin berkesan merawat cacar monyet tetapi pegawai kesihatan mengingatkan mengenai penggunaan berlebihan ubat berkenaan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...