Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Penggunaan vaksin China semakin meluas

    BEIJING, 9 FEB – Vaksin COVID-19 keluaran Sinopharm telah mendapat kelulusan untuk kegunaan di Afrika Selatan.

    Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Produk Kesihatan Afrika Selatan (Sahpra) pada Isnin mengumumkan, vaksin itu sesuai untuk kegunaan individu berumur 18 tahun ke atas.

    Kedutaan Besar China di Afrika Selatan menerusi satu kenyataan berjanji akan terus memberi komitmen untuk menjadikan vaksin China sebagai produk awam global, dan membantu rakyat Afrika memerangi pandemik COVID-19.

    Dalam perkembangan lain, FDA Thailand telah memberi kelulusan kepada vaksin jenis Sinopharm dan Sinovac untuk kegunaan remaja berusia 6 hingga 17 tahun selepas membuat penilaian dari segi keselamatan, kualiti dan keberkesanan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...