Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Penggusti APAC sedia lawan jaguh dunia

    KUALA LUMPUR, 24 MAC – Peserta daripada Gusti Asia Pasifik (APAC) sudah bersedia memberi saingan kepada jaguh gusti dunia apabila dijangka membuat penampilan pada pertarungan di Jepun dan Amerika Syarikat (AS), tahun ini.

    Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi APAC, Ayez Shaukat Fonseka, berkata impian pasukannya untuk beraksi di pentas antarabangsa itu bakal menjadi kenyataan selepas menerima peruntukan daripada syarikat jenama pemasaran IT, Noah X, menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani, hari ini.

    Beliau berkata penampilan skuadnya pada pertarungan gusti di kedua-dua negara berkenaan dijadualkan pada Mei dan Julai depan.

    “Selepas mendapat penajaan ini, saya akan lebih yakin sebab saya ada sokongan, cuma sekarang saya perlu fokus untuk menjadi terbaik.

    “Noah X akan beri kita satu studio, dan kita akan buat ‘live show’ (pertarungan gusti) setiap bulan, harap kita akan lebih mahir selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU antara Noah X dan APAC, di sini, hari ini.

    Sementara itu, Ayez Shaukat berkata bagi pertarungan yang akan diadakan dalam negara yang dijangka berlangsung antara Mei dan Julai ini, APAC bakal menyediakan 2,000 tiket.

    Tahun lepas, APAC menganjurkan saingan gusti bertaraf antarabangsa iaitu APAC Wrestling Rise di Spacerubix, Puchong, yang menampilkan sembilan ahli gusti profesional tempatan.

    Pengarah Pembangunan Perniagaan Noah X, Ong Wei Chen, berkata menerusi perjanjian berkenaan, syarikat itu bakal memberi manfaat kepada ahli gusti APAC termasuk gaji bulanan menerusi token tidak sepiawai (NFT) berbentuk karya seni digital dan menyediakan pusat latihan kepada mereka. – Bernama

    Ayez Shaukat Fonseka, mengimpikan pasukannya bersaing dengan jaguh gusti dunia. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...