KUALA LUMPUR, 24 MAC – Foodpanda akan memberikan bantuan kewangan RM1,000 kepada penghantar makanannya yang disahkan positif COVID-19 dan RM300 kepada mereka yang perlu menjalani kuarantin.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penghantaran makanan itu berkata ia adalah langkah sokongan kewangan yang dilancarkan syarikat, selain strategi perkongsian maklumat dan komunikasi bersama rakan penghantarannya agar terus diberikan maklumat secara efektif dalam tempoh yang sensitif ini, ketika kes jangkitan wabak terus menunjukkan peningkatan di negara ini. Penghantar makanan Foodpanda boleh terus kemas kini maklumat terbaharu menerusi ‘dedicated Covid-19’ di laman sesawang penghantar makanan, menurut kenyataan itu.
“Sehubungan ini, Foodpanda mempunyai ‘chat’ telegram khusus untuk memastikan rakan penghantar kami boleh kemas kini sebarang perkembangan baharu secara masa nyata dan untuk menggalakkan perkongsian maklumat.
“Operasi penghantaran sentiasa dipantau dan penyelarasan akan dilakukan.” – Bernama