Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Penghantar makanan, tiga lelaki dituduh rogol pelajar

    IPOH, 29 JULAI – Seorang penghantar makanan yang didakwa semalam dihadapkan semula ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bersama tiga lagi lelaki atas pertuduhan merogol seorang pelajar yang sama dua minggu lepas.

    Penghantar makanan Afiq Yan Muhammad Farid Yan, 20, didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun itu di sebuah rumah di Jalan Felda Lasah, Kampung Pulau Mentimun, Sungai Siput Utara, antara 1 hingga 2 pagi, 17 Julai lepas.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

    Tiga lelaki iaitu seorang bawah umur, Muhammad Azeem Abdul Rahman, 20, dan Mohamad Ariff Haikal Arapin, 21, pula didakwa melakukan rogol berkumpulan ke atas mangsa di alamat rumah tidak bernombor di Taman Dovenby, Sungai Siput Utara, antara 1 hingga 2 pagi, 14 Julai.

    Ketiga-tiga lelaki berkenaan didakwa di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun.

    Kesemua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. – Bernama

    Sekumpulan lelaki tiba di mahkamah atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan pada dua minggu lalu, di Mahkamah Majistret kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...