Penghantaran Boeing bakal terjejas

NEW YORK, 9 Ogos – Syarikat gergasi angkasa Amerika Syarikat (AS) Boeing, semalam mengaku bahawa rantaian bekalannya akan terjejas selepas penghasilan pesawat Boeing 737 yang laris dijual sehingga penghujung tahun ini, akan membawa penangguhan bagi penghantaran suku ketiganya.

Penangguhan tersebut adalah berikutan isu-isu yang melibatkan pengeluar fiuslaj dan enjin, kata ketua pegawai kewangan Greg Smith semasa menghadiri Persidangan Perindustrian Global Jefferies.

“Anda lihat sebahagian penghantaran ke suku kedua sedikit dan akan menyaksikannya lebih banyak lagi dalam suku ketiga di mana kami menjangkakan penghantaran lebih rendah berbanding kadar pengeluaran kami,” kata Smith, sambil menambah terdapat ‘lebih banyak beban berat’ pada suku keempat nanti.

Seperti pesaing Airbus, Boeing sedang membayar harga bagi peningkatan pantas dalam pengeluaran tatkala para pembekal bergelut untuk memenuhinya.

“Apabila anda berusia 52 tahun, hari dan masa menjadi semakin penting,” kata Smith. – AFP

Pesawat Boeing 737-800 yang ke-9999 milik Okay Airways China sedia untuk berlepas dari pangkalan udara syarikat itu di Seattle, Washington, Amerika Syarikat pada 24 Mac yang lalu. – Xinhua