Oleh Normazlina M.D
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (PSBSOAS), Kampung Katimahar, baru-baru ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan bagi sesi 2013-2014.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil-sijil berkenaan ialah Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.
Majlis pada malam itu diselajurkan dengan penyampai-an surat lantikan kepada ahli-ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2017-2018.
Adapun tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang lama di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama ahli-ahli jawatankuasa yang baru dan lama.

