Penghargaan buat bekas anggota bomba

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Jabatan Bomba dan Penyelamat, Cawangan Operasi ‘F’, Balai Bomba Pengkalan Batu, hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Cenderahati kepada anggota-anggota bomba yang menamatkan perkhidmatan dan majlis  penutup aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2016.

Hadir selaku tetamu khas dan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada bekas-bekas anggota yang bersara di bawah Cawangan Operasi ‘F’ ialah Penguasa Kanan Haji Janaidi bin Haji Gunung.

Majlis itu antara lain bertujuan bagi mengenang jasa baik anggota-anggota yang pernah berkhidmat di Cawangan Operasi ‘F’.

Penyerahan hadiah bagi aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2016.
Penyerahan hadiah bagi aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2016.