Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Mahaniwati binti Haji Ahmad
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Sebagai usaha untuk menghargai usaha murid-murid Tahun 6 khususnya bagi yang telah menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Sekolah Rendah (SR) Rimba I, mengadakan Majlis Tamat Pengajian Murid-murid Tahun 6 yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Rimba I, kelmarin.
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Pengiran Abdul Muiz dan diikuti dengan penyampaian anugerah-anugerah kepada para murid cemerlang termasuk lapan orang murid yang mencatatkan keputusan cemerlang iaitu 5’A’, 4’A’ 1’B’ dan 4’A’ 1’C’.
Anugerah-anugerah cemerlang berkenaan telah disampaikan oleh Guru Besar SR Rimba I, Dayang Aji binti Haji Ahmad. Di majlis berkenaan juga, Anugerah Olahragawan telah disampaikan kepada Awangku Idzzaham Aleshahmezan bin Pengiran Metali manakala Anugerah Pelajar Contoh SR Rimba I Tahun 2016 telah disampaikan kepada Dayang Irdina Khalisah binti Haji Abdul Aziz.

































