Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghargaan buat pelanggan Freshco

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang terus memberikan sokongan kepada mereka, Freshco telah mengadakan Hari Penghargaan Pelanggan bersempena dengan ulang tahun ke-4.

    Majlis yang berlangsung di Freshco, Plaza Abdul Razak, Batu Satu itu bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang di mana pihak Freshco menyediakan pelbagai kegiatan dan permainan untuk meraikan sambutan ulang tahun berkenaan bersama-sama pelanggan serta pengunjung.

    Semasa acara itu, Auntie Anne memberikan roti Pretzel percuma kepada 20 orang pelanggan pertama mereka serta ais krim kepada 100 orang pelanggan pertama.

    Selain daripada itu, para pengunjung juga berpeluang untuk bermain permainan tangga dan ular bersaiz besar dan mendapat khidmat lukisan inai serta mendapat minuman Milo percuma daripada lori minuman Milo yang berada di lokasi berkenaan.

    Salah satu acara kemuncak ulang tahun berkenaan adalah acara Supermarket Dash di mana seorang pelanggan bertuah berpeluang untuk memenangi barangan dapur bernilai $100.

    Pelbagai aktiviti di adakan bagi memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Freshco ke-4.
    Pelbagai aktiviti di adakan bagi memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Freshco ke-4.
    Khidmat lukisan inai yang turut disediakan oleh pihak pengurusan Freshco, Plaza Abdul Razak.
    Khidmat lukisan inai yang turut disediakan oleh pihak pengurusan Freshco, Plaza Abdul Razak.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda