Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghasilan vaksin ambil masa

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Bagi menghasilkan vaksin yang lebih selamat, ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan bagi memastikan ia selamat digunakan atau tidak, dan ia mengambil masa sekurang-kurangnya setahun.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar berkata sedemikian dalam menjawab persoalan mengenai sejauh mana pihak kementerian optimistik dengan perspektif tentang beberapa laporan media luar negara yang menyatakan bahawa pihak autoriti perubatan dan kesihatan sedang mengenal pasti vaksin antaranya
    penggunaan ubat malaria dan juga ubat ebola bagi mengatasi COVID-19.

    “Alhamdulillah negara-negara yang maju masa ini terutama di Eropah, Korea dan China telah mengusahakan untuk membuat vaksin,” ujar beliau sambil menambah, untuk menghasilkan vaksin, secara mudah untuk difahami dicontohkan seperti menghasilkan kereta, ia perlu diuji sama ada dapat berjalan dengan baik atau tidak.

    “Ada beberapa perkara keselamatan untuk membuat kereta. Breknya betul, ujian kemalangan jika keadaan kereta tersebut semasa terjadinya kemalangan, kelajuannya berapa daripada sifar ke 100km.

    “Begitu juga vaksin, banyak orang boleh menghasilkan vaksin namun selamatkah tidak, itu perkara lain.

    “Seperti saya katakan dengan enjin kereta, banyak yang mengaku mereka boleh membuat kereta tetapi berjalankah ia atau tidak dan selamatkah ia untuk digunakan adalah perkara lain”.

    Oleh yang demikian, Yang Berhormat Dato berpendapat bahawa perkara itu mengambil masa yang mana jangkaan awal pun barangkali dalam masa setahun untuk menghasilkan vaksin yang lebih selamat.

    “Tetapi kalau ada yang cepat menghasilkan, Alhamdulillah,” katanya lagi.

    Beliau juga mengongsikan bahawa pihak mereka ada menggunakan ubat anti-malaria pada masa ini untuk orang-orang tertentu yang mempunyai gejala.

    “Kami menggunakannya pada masa ini kerana ia adalah salah satu ubat yang disyorkan dan dari segi keselamatannya juga munasabah,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda