MEXICO CITY, 9 Mei – Penghijrah yang masih berada di bandar-bandar sempadan Mexico menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kesinambungan dasar Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan penghijrah Amerika Tengah yang mencari suaka di AS masih ternanti-nanti di sempadan selatan.
Mahkamah rayuan persekutuan AS memutuskan Selasa lalu bahawa pentadbiran Trump akan membuatkan para penghijrah ternanti-nanti untuk menunggu giliran perbicaraan mengenai imigresen mereka tatkala dasar itu dicabar di mahkamah.
Pada malam kelmarin, agensi imigresen Mexico berkata 4,217 pencari suaka Amerika Tengah telah dikembalikan melalui tiga bandar sempadan. Kerajaan AS berkata ia mahu memperluaskan program itu di seluruh sempadan.
Kerajaan Mexico tidak memberi komen berikutan keputusan mahkamah, tetapi mereka yang berkaitan dengan isu tersebut menyuarakan pendapat mereka.
“Amerika Syarikat harus menyelesaikan masalah mereka di sana dan tidak memindahkannya kepada kami,” kata Datuk Bandar Armando Cabada dari Ciudad Juarez, yang terletak di seberang sempadan dari El Paso, Texas. Juarez telah menerima 1,344 pencari suaka, lebih daripada mana-mana bandar lain, sejak program itu bermula di San Diego pada 29 Januari.
The 11 Central Americans yang mencabar dasar AS berhujah mereka berhadapan dengan risiko keselamatan yang membimbangkan tatkala mereka sedang menanti untuk proses seterusnya yang mungkin mengambil tempoh bertahun-tahun.
Penghijrah di kebanyakan bandar sempadan Mexico biasanya membuat sasaran mudah bagi kumpulan jenayah terancang yang menculik mereka bagi tujuan memeras wang daripada saudara-mara atau cuba merekrut mereka ke dalam perniagaan dadah dan pemerdagangan manusia.
Vicente Sanchez Munguia, penyelidik pentadbiran awam di Kolej Perbatasan Utara di Tijuana, mengatakan beberapa bandar sempadan telah mengalami situasi keselamatan kritikal selama bertahun-tahun.
“Ia benar-benar akan mendedahkan pendatang untuk berdepan dengan ancaman keselamatan,” katanya.
“Kadar tempoh proses berkenaan bagi kes di Amerika Syarikat boleh menyebabkan jumlah orang yang memohon dan menunggu di Mexico akan meningkat dan mewujudkan keadaan yang kritikal.” – AP