Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Penghormatan buat Jiang Zemin

    BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai seorang patriot yang ‘mendedikasikan kehidupannya’ kepada negara.

    Pemerintah China mengatur satu hari perkabungan di seluruh China, dengan perkhidmatan keselamatan memastikan tiada perhimpunan besar diadakan di jalan-jalan berikutan bantahan luar biasa dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini.

    Jiang meninggal dunia di Shanghai Rabu lalu pada usia 96 tahun dan meninggalkan legasi bercampur-campur, mengambil alih kuasa selepas tindakan keras di Dataran Tiananmen 1989 dan mengetuai China ke arah kemunculan sebagai negara berkuasa di peringkat global.

    Memorial awam yang diadakan bermula jam 10 pagi waktu tempatan telah dihadiri oleh elit politik China di Great Hall of People, Beijing yang dihiasi potret gergasi mendiang pemimpin itu dan juga slogan penghormatan terhadapnya dikelilingi jambangan bunga yang besar.

    “Dia mendedikasikan seluruh hidup dan tenaganya kepada rakyat China, berjuang untuk kemerdekaan kebangsaan, pembebasan rakyat dan kemakmuran kebangsaan serta kebahagiaan rakyat,” kata Presiden Xi Jinping pada perhimpunan ahli parti di dewan itu.

    Penduduk menyaksikan siaran langsung servis memorial bagi mendiang bekas presiden China, Jiang Zemin di skrin di pusat komuniti Hong Kong. – AP
    Orang ramai menyaksikan Presiden Xi Jinpin memberikan penghormatan terakhir di skrin siaran langsung perkabungan Jiang Zemin, di Hong Kong. –AP

    “Jawatankuasa Pusat CCP menyeru seluruh parti, tentera dan rakyat daripada seluruh etnik di China untuk mengubah kesedihan ini kepada kekuatan,” tambah Xi.

    Isteri Jiang yang kelihatan lemah dan sedih, duduk di kerusi roda di barisan hadapan. Sesi bertafakur tiga minit diadakan di seluruh negara ketika siren dibunyikan.

    Bendera di seluruh negara juga dikibarkan separuh tiang, begitu juga bangunan-bangunan kerajaan China di luar negara.

    Manakala di Hong Kong, pegawai dan kakitangan kerajaan turut bertafakur tiga minit dan kapal-kapal di pelabuhannya, membunyikan hon tiga kali sebagai memperingati Jiang Zemin.

    Jiang meninggal dunia akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organnya selepas rawatan perubatan gagal menyelamatkannya, menurut media kerajaan. Mayatnya dibakar pada Isnin di Beijing pada majlis yang juga dihadiri oleh Presiden Xi dan pemimpin terkemuka parti, lapor Xinhua. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...