Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghormatan buat wartawan berjasa

    CULIACAN, Mexico, 17 Mei – Rakan-rakan dan keluarga semalam memberi penghormatan terakhir mereka kepada wartawan yang telah dibunuh, Javier Vaidez, yang jelas telah mengorbankan nyawanya bagi laporannya yang telah memenangi anugerah tentang kumpulan jenayah dadah ganas di negara itu.

    Media dan kumpulan hak asasi kemanusiaan awal semalam membantah untuk menuntut kerajaan Mexico supaya menangkap para pembunuh wartawan kelima dan yang begitu menonjol yang telah dibunuh tahun ini dalam dunia penjenayahan penyeludupan dadah di negara itu.

    Muka-muka depan surat-surat khabar utama memaparkan potret-potret Valdez, 50 tahun seorang penyumbang Agence France-Presse yang telah ditembak mati di siang hari Isnin lalu di negeri barat laut Sinaloa.

    Para wartawan yang menyertai tunjuk perasaan di pusat bandar Culiacan membawa gambar-gambar Valdez semalam.

    Lewat semalam, hari yang sama upacara pembakaran mayat Valdez di jalankan, rakan-rakan dan insan-insan tersayang memberi penghormatan pada majlis pengebumian. Sanak saudara berkata abunya akan dikebumikan di tanah perkuburan di Culiacan.

    Wartawan yang pernah memenangi anugerah ini adalah salah seorang pemberita paling terkenal tentang usaha memerangi dadah Mexico. Dia telah menjadi penyumbang kepada AFP selama lebih sedekad.

    Presiden Enrique Pena Nieto berkata beliau telah mengarahkan ‘penyiasatan ke atas jenayah yang memeranjatkan ini.” Beliau berikrar akan mempertahankan kebebasan media, ‘yang sangat penting bagi demokrasi kita.”

    Kumpulan hak asasi media Articulo 19 berkata ini adalah kali pertama Pena Nieto memberi reaksi secara terbuka berhubung siri-siri pembunuhan wartawan – satu tanda tekanan meningkat ke atas presiden.

    Pembunuhan itu mencetuskan gelombang kemarahan terhadap pihak berkuasa, dengan kumpulan hak asasi berkata pegawai-pegawai korup menghalang para pembunuh wartawan dari dihukum.

    “Berapa lama akan berlaku pembunuh dengan bebas dari hukuman dan tanpa belas kasihan?” kata penerbitan mingguan Valdez sendiri, Riodoce.

    “Kedahsyatan kebebasan dari hukuman,” begitu tajuk editorial dalam La Jornada, akhbar harian kebangsaan tempat Valdez pernah bekerja sebagai wartawan Sinaloa.

    Sesetengah media di Sinaloa telah membatalkan edisi semalam mereka dalam membantah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda