Penghormatan terakhir buat Bush

WASHINGTON, 5 Dis – Orang-orang kenamaan antarabangsa hari ini akan menyertai para pemimpin Amerika Syarikat pada masa ini dan yang lalu untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas presiden George H.W. Bush di Washington. Presiden ke-41 itu meninggal dunia pada Jumaat lalu pada usia 94 tahun.

Puluhan ribu rakyat Amerika tidak melepaskan peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada presiden yang membawa negara itu melalui detik-detik bergolak termasuk menamatkan Perang Dingin.

Lima orang bekas presiden Jimmy Carter, Bill Clinton, Bush’s son George W. Bush, Barack Obama dan Trump dijadualkan akan hadir ke majlis itu.

Antara yang turut hadir adalah Putera Charles, begitu juga Canselor Jerman, Angela Merkel, Raja Abdullah II dan Ratu Rania serta bekas Presiden Poland Lech Walesa.

Sepanjang kepimpinan Trump menyaksikan beliau melalui perang mulut dengan keluarga Bush termasuk mempersendakan kenyataan Bush ‘thousand points of light’ dan mengecam tindakan anak presiden itu yang menakluk Iraq pada 2003 dan menyifatkannya sebagai salah satu keputusan terburuk dalam sejarah negara.

Tetapi beliau tetap sama-sama berhimpun bagi mempamerkan sikap kesatuan sejak kematian Bush dan membuat lawatan ke Capitol lewat Isnin lalu bersama Melania Trump bagi memberi penghormatan kepada Bush. – AFP