Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghuni cedera rumah roboh

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Seorang penghuni mengalami kecederaan apabila rumah yang didiaminya roboh dalam kejadian yang berlaku di Kampung Pekilong Muara di ibu negara pada pukul 9:19 malam tadi.

    Susulan kejadian itu, mangsa diserahkan kepada anggota paramedik untuk mendapatkan rawatan lanjut sementara penghuni lain dalam keadaan baik.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), empat anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh Pemangku DSO Haji Ali bin Haji Mohd Noor dikejarkan ke tempat kejadian sebaik saja menerima panggilan dan bertindak memasang fire line dan standby.

    Rumah berkenaan diperbuat daripada kayu, beratapkan zink dan tiang konkrit.

    Sehubungan itu, JBP menyarankan kepada orang ramai supaya memastikan kediaman selamat dengan membuat pemeriksaan pada struktur rumah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

    Keadaan rumah yang roboh di Kampung Pekilong Muara, di ibu negara. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda