Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Penghuni gua bamiyan berdepan risiko kelaparan

    BAMIYAN, AFGHANISTAN – Sepanjang sejarah, orang ramai telah tinggal di dalam gua di Afghanistan.

    Kebanyakan mereka tidak mempunyai pilihan selain tinggal di satu tempat dan di wilayah tengah Bamiyan banyak keluarga mendapati diri mereka dilupakan dan kelaparan.

    “Saya sudah bertahun-tahun tinggal di gua ini. Sejak kebelakangan ini, kami hidup siang dan malam tanpa minyak atau makanan,” kata Zarifa Gull Ahmad, 50. Suami Zarifa adalah orang kelainan upaya dan dia mendakwa keluarganya adalah yang paling serba kekurangan di wilayah yang mempunyai banyak isi rumah yang miskin.

    “Kami tidak mempunyai makanan untuk dimakan dan tidak mempunyai wang untuk membeli. Kami seramai sembilan orang, dan makanan kami hanyalah naan kering,” kata Zarifa.

    Selepas pengunduran tentera asing dari Afghanistan selepas 20 tahun kehadiran di negara itu, lebih 22 juta daripada kira-kira 35 juta rakyat Afghanistan menghadapi kekurangan makanan akut, menurut laporan agensi bantuan.

    Gambar menunjukkan penghuni gua di wilayah Bamiyan, Afghanistan. – Xinhua
    Kelihatan seorang penghuni gua bersama anak-anaknya. – Xinhua

    “Anak lelaki saya berusia 13 tahun bekerja di jalanan dan memperoleh pendapatan 30 hingga 40 Afghanis (kira-kira AS$0.50) sehari untuk membeli naan. Saya tidak akan benarkan dia pergi ke sekolah kerana dia perlu bekerja dan menyara keluarga kami,” jelas Zarifa.

    Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dilaporkan telah membahagikan AS$7 bilion aset Afghanistan yang dibekukan sama rata antara keluarga mangsa serangan 11 September dan bantuan kemanusiaan untuk warga Afghanistan, keputusan yang hampir dikutuk secara universal.

    “Saya satu-satunya pencari nafkah keluarga. Suami saya penagih dadah yang sudah lama meninggalkan rumah. Saya dan anak-anak terpaksa bekerja setiap hari untuk meneruskan kehidupan,” kata seorang lagi penghuni gua Noria, 30, kepada Xinhua. Noria mendapat wang dengan membersihkan rumah, dan mencuci pakaian dan permaidani.

    “Saya melakukan dobi dan pembersihan permaidani, kadang-kadang orang mem-bantu saya dengan makanan. Saya bekerja untuk memperoleh lebih daripada 100 Afghanis setiap hari.

    “Pernah saya mendapat satu beg tepung, 14 kg kacang dan pis, dan sebotol minyak masak daripada pertubuhan bukan kerajaan.”

    Di wilayah Bamiyan, pernah menjadi kediaman kepada golongan Buddha terbesar di Bamiyan yang telah musnah pada tahun 2001, terdapat beribu-ribu gua yang menempatkan sami berabad-abad yang lalu, dan kini berfungsi sebagai tempat perlindungan untuk beribu-ribu orang.

    “Saya bekerja sebagai buruh. Dulu saya mendapat 400 Afghanis setiap hari tetapi kini ia lebih seperti 200 Afghanis,” kata Hassan, 37, ketua keluarga kepada lapan ahli keluarga.

    Hassan yang kelihatan lebih tua dari usia sebenar berkata, “Sekarang musim sejuk dan saya sudah tiga bulan tidak bekerja. Selalunya makanan keluarga saya hanya cebisan naan, kadang-kadang nasi, tetapi tidak pernah makan daging atau buah-buahan.” – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...