Pengibaran bendera sempena majlis perkahwinan diraja

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki mengibarkan bendera seperti lazimnya, apabila Gendang Jaga-Jaga dibuka pada 17 Januari hingga Gendang Jaga-Jaga ditutup pada 25 Januari.

Pengibaran bendera ini adalah bersempena Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.