Penginapan baharu Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU, 15 Mac – Dua penginapan baharu akan dibuka kepada orang ramai di Laban Rata, Panalaban di Kundasang, kira-kira 100km dari sini pada April ini, khususnya bagi mereka yang berminat untuk mendaki puncak tertinggi Malaysia itu, Gunung Kinabalu.

Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS) Dr Jamili Nais berkata dua penginapan itu dinamakan ‘Mokodou Hostel’ dan ‘Kinataki Hostel’, mengambil sempena nama sungai yang mengalir dari kaki Gunung Kinabalu dan sungai di Kota Belud.

Katanya sebagai simbolik pembukaannya, para media datang beramai-ramai untuk bermalam di penginapan yang terletak kira-kira 3,272 meter dari paras laut itu, dan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu pada keesokkan harinya. – Bernama