SEORANG arkitek telah melancarkan rancangan untuk membina sebuah penginapan yang hebat, baru, mesra alam di Filipina dengan hotel berbentuk cangkang dan menara pangsapuri berputar.
Lebih 500 tetamu akan dapat menginap di pulau penginapan itu pada satu masa dan penginapan mereka akan dibina sepenuhnya dari bahan yang digunakan semula atau dikitar semula dari pulau-pulau tersebut.
Sesetengah pelawat pula boleh mengharapkan sinaran tanpa gangguan sepanjang hari apabila menara berputar mengikuti perjalanan matahari.
Vincent Callebaut, 40, berkata rancangannya akan membantu memelihara persekitaran kawasan pesisir dan para tetamu perlu berlayar ke sana atau menggunakan bot elektrik.
Beliau berkata idea tersebut diilhamkan berikutan kebimbangan terhadap pulau-pulau di Pasifik Barat yang berada dalam ancaman dari pencemaran, penangkapan ikan dan perubahan iklim.

Walaupun syarikat-syarikat percutian dan hotel di seluruh dunia bijak untuk menghadapi cabaran pelancongan yang mapan, Nautilus Eco-Resort mengambil langkah yang lebih jauh dengan mencipta projek ‘sifar pelepasan, sifar kekosongan dan sifar kemiskinan’.
Pengunjung juga akan terlibat secara aktif dengan saintis, jurutera dan pakar ekologi untuk memastikan pengalaman menggalakkan dalam pemeliharaan alam semula jadi. Malah mereka yang bercakap untuk tinggal di sana akan diminta membantu dengan pengumpulan sampah dan belajar tentang persekitaran lestari.
Callebaut, 40, yang berpusat di Paris, berkata: ‘Projek baru kami, Nautilus Eco-Resort, adalah kompleks perintis, eko-pelancongan.
“Ia telah direka untuk menyatukan pengetahuan masyarakat saintifik dengan kesediaan para eko-pelancong untuk mengoptimumkan pemulihan dan perlindungan ekosistem seperti di Filipina.
“Dengan meminimumkan jejak ekologinya, pengalaman itu berpusat pada pemeliharaan alam dan ekologi urban tempatan sambil menghormati ekosistem endemik dan agro-ekosistem.
“Konsep kolaboratif ini menawarkan eko-pelancongan yang bertanggungjawab berdasarkan pendidikan dan tafsiran dalam persekitaran semula jadi, di mana sumber dan kesejahteraan penduduk tempatan terpelihara dan secara beransur-ansur akan dipulihkan,” jelasnya.