Pengiraan detik pelancaran Tokyo2020 bermula

TOKYO, 25 Julai – Jepun menandakan tiga tahun sebelum Olimpik Tokyo 2020 semalam dengan keraian dan persembahan, walaupun ketika penganjur bergelut untuk membendung kos yang meningkat dan mengembalikan kredibiliti.

Selebriti-selebriti dan atlet-atlet Jepun berpakaian kimono berwarna cerah berhimpun pada satu pelancaran penghasilan semula lagu Olimpik Tokyo 1964 yang popular ketika penganjur berjanji untuk menukar Sukan 2020 menjadi ‘natsu matsuri’ (pesta musim panas) terbesar.

Acara lain juga diadakan di seluruh Jepun, termasuk larian 1,000 kilometer (620 batu) dan berbasikal dari kawasan utara Aomori menuju Tokyo, yang melibatkan kawasan-kawasan yang dilanda tsunami 2011 dan memperkenalkan juara maraton Olimpik Sydney 2000, Naoko Takahashi pada permulaan.

Persembahan papan luncur oleh professional juga diadakan di pantai Tsurigasaki di Chiba, perjalanan sejam di luar Tokyo, di mana sukan itu akan membuat kemunculan Olimpik yang pertama pada 2020.

Penganjur Jepun bagaimanapun mempunyai banyak tugasan yang perlu dilakukan.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike mengibarkan bendera Olimpik sambil diberikan tepukan oleh para atlet Jepun ketika festival jelajah bendera Tokyo2020 sempena Sukan 2020 itu di Tokyo Metropolitan Plaza. - AP
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike mengibarkan bendera Olimpik sambil diberikan tepukan oleh para atlet Jepun ketika festival jelajah bendera Tokyo2020 sempena Sukan 2020 itu di Tokyo Metropolitan Plaza. – AP

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bulan lalu memuji penganjur setempat kerana mengurangkan kos, yang merasa takut terhadap perbelanjaan yang melambung akan menyaksikan bidaan masa depan akan terjejas.

Pada tahun lepas, Gabenor Tokyo, Yuriko Koike mengarahkan penilaian semula bajet bagi mengurangkan kos yang dijangka meningkat lebih dari AS$25 bilion, empat kali lebih tinggi dari anggaran awal apabila Tokyo memenangi hak untuk menjadi hos 2020.

Penganjur setempat sejak itu mengurangkan kos kepada sekitar AS$13 bilion tetapi sebaliknya gagal untuk menginspirasikan keyakinan sejak Tokyo menewaskan Madrid dan Istanbul dalam perebutan bagi menghoskan Sukan itu buat kali kedua.

Mereka menghentikan pelancaran Stadium Olimpik dua tahun lalu apabila Perdana Menteri Shinzo Abe mengoyakkan rangka tindakan stadium itu ditengah-tengah kemarahan orang ramai terhadap tag harganya.

Lebih memalukan apabila logo Sukan asli itu dibatalkan berikutan dakwaan plagiarisme. – AFP