Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan dilantik sebagai Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) penggal 2022 – 2026 semasa Kongres AFF 2022 di Siem Reap, Kemboja, kelmarin.
Pengiran Haji Matusin akan berkhidmat bersama Maaike Ira Puspita dari Indonesia, dan Francisco Marins da Costa Pereira Jeronimo dari Timor Leste. Mejar Jeneral Khiev Sameth menang tanpa bertanding untuk kekal sebagai presiden bagi penggal kedua.
Manakala Chris Nikou (Australia), Viphet Sihachakr (Laos), Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin (Malaysia), Ko Ko Thein (Myanmar) dan Thanasak Suraprasert (Thailand) dilantik sebagai ahli Majlis AFF, sementara Teo Chwee Lian Julie (Singapura) dilantik sebagai ahli Majlis Wanita AFF.