Monday, November 4, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengkritik kecam pembatalan lesen laman berita Singapura

    SINGAPURA, 15 OKT – Satu laman web berita Singapura yang kerap mengkritik kerajaan telah dibatalkan lesen hari ini kerana gagal mengisytiharkan sumber pembiayaan, dengan penyunting laman web itu mengecamnya sebagai “gangguan dan intimidasi” terhadap media bebas.

    The Online Citizen (TOC) telah lama menjadi sasaran pihak berkuasa kerana menyiarkan berita-berita yang lebih mengkritik pihak kerajaan berbanding media utama yang pro kerajaan.

    Lesennya digantung bulan lepas oleh Infocomm Media Development Authority (IMDA), yang mengarahkan laman web tersebut mematuhi keperluan supaya mendedahkan sumber-sumber pembiayaan.

    IMDA berkata bahawa laman web tersebut telah “berulang kali enggan mematuhi” meskipun dengan peringatan dan lanjutan-lanjutan, dan membatalkan permitnya serta-merta.

    Pengawal atur berkenaan berkata, laman-laman web berdaftar yang terlibat “promosi dalam talian atau perbincangan mengenai isu-isu politik berkaitan Singapura” mesti mendedahkan sumber-sumber pembiayaan untuk mencegah campur tangan asing.

    Ketua penyunting laman web tersebut, Terry Xu berkata dia menolak untuk mematuhi (keperluan itu) kerana ia bermakna mendedahkan identiti para pelanggannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda