Tuesday, January 21, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengkritik seru ketua hakim Indonesia berundur

    JAKARTA, 25 MAC – Ketua hakim persekutuan Indonesia, Anwar Usman yang akan mengahwini adik Presiden Jokowi Widodo, Idayati, mencetuskan perdebatan di negara itu sama ada dia perlu berundur bagi mengekalkan kredibiliti dan integriti insitusi negara yang paling berkuasa.

    Idayati, 55, ibu tiga orang anak, mengesahkan berita itu kepada Antara pada Isnin, mengatakan majlis perkahwinan akan diadakan pada 16 Mei di Surakarta, Jawa Tengah dan 28 Mei di bandar kelahiran Anwar, Sumbawa, Nusa Tenggara Barat.

    “Kami diperkenalkan oleh seorang rakan pada Oktober,” kata Idayati.

    Gibran Rakabuming Raka, anak lelaki sulung Jokowi yang mengikut jejak bapanya ke arena politik dan menjadi datuk bandar Surakarta, mendedahkan Isnin lalu pertunangan akan berlangsung pada 12 Mac dan dihadiri oleh bapanya, menurut laporan media tempatan.

    Meskipun ramai menyetujui bahawa sebarang perkahwinan adalah perkara peribadi, rancangan perkahwinan kedua-duanya mencetuskan perdebatan awam sama ada Anwar perlu meletak jawatan untuk mengelak sebarang potensi kepentingan bercanggahan dan amalan berat sebelah dalam mahkamah.

    Pakar perundangan persekutuan, Feri Amsari dari Universiti Andalah percaya ketua hakim berusia 65 tahun itu perlu berundur memandangkan hubungan perkahwinan mereka akan membawa keraguan terhadap keputusan mahkamah pada masa depan, menghakis kepercayaan awam dalam bidang kehakiman negara.

    Jurucakap mahkamah, Fajar Laksono enggan mengulas perkara itu namun mengatakan Anwar sendiri tidak lama lagi akan mengeluarkan satu kenyataan. – ANN/The Jakarta Post

    Anwar Usman. – ANN/Jakarta Post
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda