Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penglibatan belia sangat penting

    Oleh Imelda Groves HA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Awang Mohd Umair Akmal baru-baru ini telah mewakili belia Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Komanwel Diraja bersempena Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel yang diadakan di London baru-baru ini

    Turut hadir pada persidangan itu ialah Duchess of Cornwall, Camilla dan Setiausaha Agung Komanwel, Rt Hon Patricia Scotland bersama pesuruhjaya tinggi dan perwakilan tinggi dari negara-negara komuniti.

    Semasa menghadiri majlis penyampaian yang diadakan di Lancaster House dan Westminster Abbey, Awang Mohd Umair Akmal berkesempatan bertemu dan berbincang bersama Duchess of Cornwall dan Setiausaha Agung Komanwel di mana mereka bertukar-tukar pendapat mengenai pentingnya penglibatan belia dalam pembangunan dan turut menyentuh mengenai kepentingan dalam pemuliharaan alam sekitar.

    Sementara itu, Duchess of Cornwall dan Setiausaha Agung Komanwel turut menyentuh mengenai kegembiraan mereka semasa mengadakan lawatan ke negara ini pada musim panas yang lalu.

    Mesyuarat Antarabangsa itu diadakan bersempena dengan sambutan Komanwel Diraja yang ke-150 tahun, memberi tumpuan terhadap iklim semasa dan menekankan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    Pada mesyuarat itu, Awang Mohd Umair Akmal turut menyentuh mengenai Brunei yang memiliki budaya dan identiti yang unik yang membawa kepada identiti masyarakat iaitu Melayu Islam Beraja dan berusaha ke arah Wawasan 2035 untuk mencapai matlamat Negara Brunei Darussalam.

    Beliau merupakan pengasas bersama Suara Belia Brunei iaitu sebuah badan masyarakat tempatan di negara ini, di mana mereka menjalankan program outreach di sekolah-sekolah dan institusi-institusi dengan menyentuh topik semasa seperti kesihatan mental, pengangguran, pendidikan tinggi dan pemuliharaan.

    Awang Mohd Umair Akmal bergambar bersama Rt Hon Patricia Scotland.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda